Saturday, March 15, 2014

** Salam Perkenalan **

Posted by Anna Kohai Yuki at 10:51 AM
Assalam semua. Anime girl di sini. Hmm macam mana nk mula ye? You all semua boleh panggil saya Yuki. Saya minat anime. Bukan setakat minat je, saya memang giler anime. Umur Yuki 19 tahun asal KL. Tinggal pun mestilah KL kan? Hihi.



 Mesti ramai kat luar sana ingat anime ni untuk budak2 kan? Adoi, bang, akak anime tu tak semestinya untuk budak2 laa. Why Yuki minat anime? Yuki suka sangat lukisan yang orang jepun ni hasilkan. Ye lah cuba la tengok grafik diorang yang sangat unik dan kreatif tu. Anime ni sebenarnya berasal dari manga atau kat sini kita selalu panggil komik. Manga ni lebih kepada lukisan sahaja. Anime ni lebih banyak kepada pergerakan la dalam bahasa ynag ringkasnya. Yuki ni bukannya orang yang pandai bab-bab visual semua ni. Hehehe. Memang susah sebenarnya nk buat anime tu. Kita sedap je tengok ye tak. Hehehe.
Manga


Anime

Yuki ni ikutkan tak berapa ramai sangat kawan anime kat sekolah (dulu) atau kat kolej (sekarang). Kebanyakan kawan yang minat anime ni atau seringkali dipanggil OTAKU hanya ramai kat dalam facebook je lah pun. So I hope we can get along together. Yuki suka nak buat kawan ramai-ramai. Kalau you all ada cadangan atau nak kongsi apa-apa bole lah share dengan Yuki ye. Love you all. Wassalam ^0^.

0 comments:

Post a Comment

 

Anime Girl Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei