Saturday, March 15, 2014

MH370 Kembalilah !

Posted by Anna Kohai Yuki at 6:07 PM


Assalamualaikum. Yuki nak selitkan dalam ruangan sejenak hari ini dengan misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ia bertolak pada pukul 12.40am dan sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30am. Tetapi terputus komunikasi pada jam 1.30am di Laut China Selatan.

 Masuk hari ini sudah memasuki hari yang ke 9 rakyat Malaysia kehilangan pesawat ini. Yuki tak putus mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 ini. Kepada keluarga yang terlibat diharap bersabar dan tabah menghadapi ujian terbesar ini. Kepada blogger atau friends di laman sosial yang membuat spekulasi yang tidak sahih, Yuki harap anda hentikan segala ketidakbenaran sesuatu informasi itu. Tolonglah jaga hati dan perasaan keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Bayangkanlah jika ia terjadi kepada keluarga anda sendiri.




Yuki pun sebagai manusia biasa hanya mampu berdoa dan tawakal je. Terharu bila tengok banyak negara yang sudi tolong kami mencari pesawat itu. Antara nya Malaysia, Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura, Filiphina, Thailand, Indonesia, Jepun, British, Korea Selatan, Bangladash dan lain-lain lagi. Terima kasih, terima kasih anda semua. Bukan itu sahaja, kebanyakan masjid yang menghimpunkan jemaah yang ramai turut mengadakan solat hajat memohon bantuan Allah.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendoakan mereka ye. Jangan putus asa!
Terima kasih, Wassalam. ^0^


1 comments:

Anna Kohai Yuki on March 16, 2014 at 12:55 AM said...

Hi

Post a Comment

 

Anime Girl Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei